Articles

Persidangan penjagaan endometriosis tingkat kesedaran penyakit kronik melanda wanita

March 14, 2025

Share This Article:

Dari kiri; Dr Chong Hoong Yin, Dr Michael Lim, Dr Debbie Teh Sue-Jian, Dr Tan Ee Ping, Dr Sharifah Halimah dan Dr Badrulhisham sebagai panel pernceramah pada persidangan Hope Beyond Pain: Pioneering Endometriosis Care in Malaysia, baru- baru ini.

 

Masih ramai wanita tidak sedar ada menghidap endometriosis iaitu penyakit sistem reproduksi wanita dialaminya, dengan mengabaikan sakit yang dihadapi.

Justeru, bagi meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit itu, Hospital Picaso menganjurkan persidangan 'Hope Beyond Pain: Pioneering Endometriosis Care in Malaysia' sempena sambutan Hari Wanita, baru-baru ini.

Pengarah Perubatan Hospital Picaso, Dr Luqman Mazlan, berkata endometriosis bukan sekadar penyakit ginekologi, tetapi ia adalah penyakit yang mengubah dan menjejaskan kehidupan berjuta wanita di dunia ini.

"Oleh kerana ia sering disalah erti dan diuruskan, ramai wanita masih kurang didiagnosis dengan penyakit ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan itu.

Persidangan itu bertujuan memberi kesedaran berkenaan perjuangan menentang endometriosis dalam kalangan wanita yang sebenarnya boleh dirawat dan sembuh.

Lebih 50 wanita menghadiri persidangan yang mendapat kerjasama Astra Zeneca dan Abbott sebagai rakan kongsi pendidikan itu.

Sesi persidangan itu turut menampilkan pandangan pakar daripada Hospital Picaso termasuk Pakar Perunding Sakit Puan, Dr Sharifah Halimah Jaafar, Pakar Perunding Sakit Puan Dr Tan Ee Ping dan Dr Debbie Teh Sue-Jian; serta Pakar Perunding Urologi, Dr Badrulhisham Bahadzor.

Perkongsian mereka adalah mengenai mendalami teknik pembedahan lanjutan dan kerumitan endometriosis usus dan pundi kencing.

Sementara itu, Dr Sharifah Halimah berkata, penting untuk mendapatkan rawatan yang tepat dan sesuai.

Katanya, ini kerana ramai pesakit hanya diberi pil perancang untuk menguruskan kesakitan, tetapi ia bukanlah penawar jangka panjang.

"Tanpa pengurusan yang betul untuk merawat, penyakit itu boleh menyebabkan masalah lain termasuk sista ovari dan ketidaksuburan," katanya.

Beliau berkata, masih ramai wanita terpaksa menanggung penyakit itu tanpa mereka sedari dengan mengenepikan kesakitan yang ditanggung.

"Setiap wanita berhak untuk hidup bebas daripada stigma yang tidak benar berkenaan endometriosis," katanya.

Sesi seterusnya adalah testimoni peribadi daripada pesakit, termasuk Dr Ashvinderjit Kaur dan peguam bela media sosial yang juga juruhebah radio, Catherine Kai Xin.

Mereka tampil berkongsi mengenai perjuangan penyakit itu selepas salah didiagnosis penyakit itu hingga menyebabkan didiskrimasi di tempat kerja, sekali gus menunjukkan terdapat keperluan mendesak untuk pendidikan awam kesan endometriosis.

Pada majlis sama, turut diadakan adalah pelancaran buku 'Fighting the Devil Within: A Chronicle of Untold Stories and Challenges of Endometriosis' yang akan mula dipasarkan pada April ini.

Buku oleh Dr Sharifah Halimah itu berkisar mengenai perjuangan perubatan pesakit endometriosis terutamanya mereka yang memerangi adenomyosis dan myoma yang sering dikaitkan dengan ketidaksuburan.

Source

Back

Consult Our Dedicated Specialists Today!

Decades of experience under their belt — at your service just a few clicks away.

Book Appointment Contact Us
Consult our dedicated specialists today!